Friday, 19 December 2014

GuangZhou, China - Disember  2014

Dah lama tak update bolg ni, kesian sibuk dengan rutin harian. Kali ini aku membuat tinjauan mana ada lubang bisnes yang boleh di terokai. Benar orang berkata, GuangZhou gedung syurga perniagaan. Rancangannya aku bertiga, malang sekali aku pergi berdua kerana sepupu tak dapat nak join. Aku pergi dengan seorang kakak yang best untuk dijadikan teman melancong. Cita rasa kami sama. Jom, aku sajikan gambar-gambar semasa aku berada di sana

Day 1 - 16 Dec 2014
Flight AK 116 pukul 4.15 Petang

Aku dan Kak Ida

Day 2 - 17 Dec 2014
Hotel Clivia, Jei Fang Road
GuangZhou, China
(RM80.00 per night)

Sebelum memulakan perjalanan kami, siap posing dan ambil gambar semasa dalam perjalanan. Kak Ida memang pandai ambil gambar

Bergambar di hadapan hotel




Tempat pertama yang kami kunjungi, Zhonda Plaza, pusat membeli fabric, textile, aksesori jahitan dan semua yang berkaitan dengan jahitan, manik, reben dan fabric.












Rambang mata Kak Ida bila nampak kain-kain ni




Dah dapat apa yang dicari, aku dan Kak Ida pun balik ke hotel dan untuk makan tengah hari, tapi malangnya makan tengah hari kami jadi makan malam di restoran yang bersebelahan dengan hotel kami. Perjalanan kami dari Zhongda Plaza ke hotel kami pergi dan balik lebih kurang dalam RM60.00.









Hidangan makan malam kami pada pukul 5.30 petang, RM100.00 untuk 2 pax.








Selepas sembahyang Maghrib kami keluar jalan-jalan. Kami ke Beijing Lu, di sinilah gerbang perniagaan bemula semenjak Dinasti Ming dan Qing pada tahun 837 A.D.








Day 3 - 18 Dec 2014
Suhu - 5 deg.
Clivia Hotel - Pasar Pagi hadapan Digital Plaza - One Link Plaza - Kids World




Hidangan Makan Malam Kami RM100.00



Day 4 - 19 Dec 2014
Fligh AK 119 - 1.15 pagi

Muka dah mengatuk






Perjalan kami agak singkat disebab oleh masa cuti kami tak panjang. Mungkin ada second trip untuk kami datang kesini lagi. Sesungguhnya Guangzhou ada tempat yang terbaik untuk para peniaga.

Bye Bye GuangZhou. See you in the next visit.

Welcome back to Malaysia, ha ha ha

Posing dulu sebelum balik dijemput oleh suami Kak Ida




Inilah pengalaman kami berdua pada trip yang sangat pendek, tapi menyeronokkan. Buat Kak Ida, thanks a lot sebab tahan kerenah saya, he he he.


Sunday, 27 April 2014

Assalamulaikum....

Dah lama rasanya blog ni tak di kemas kinikan. Dah bersawang rasanya. Hari ni aku baru saja masuk keje setelah empat hari aku bercuti dengan keluarga. Bunyi macam jauh aje, dalam Malaysia aje. kalau nak tengok gambar-gambar percutian kami sila lihat page yang ada nama Kuching, Sarawak.

Ok chiow dulu, dengan sedikit info yang aku tuliskan, so next time bolehlah buat rujukan.

Friday, 11 October 2013

Salam Aidiladha 2013

Assalamualaikum........


Ku panjat doa agar mereka beroleh Haji Mabrur. Bila aku tahu tentang berita berhubung banjir kilat di Makkah, aku berharap agar mereka selamat dia sana. Alhamdullilah, setelah sekian lama mereka menunggu giliran bilakah mereka akan sampai di Baitullah, akhirnya mereka sampai juga apabila tabung haji menghantarkan berita pada 5 Oktober 2013 penerbangan mereka ke Mekah. Syukur kehadrat Illahi doa mereka termakbul jua.

Aku dan keluarga disini sentiasa mendoakan agar mereka selamat berada disana untuk menunaikan ibadah haji dan kembali ke Malaysia sihat dan sejahtera.

'Ya Allah, sejahterakanlah mereka semua, sesungguhnya mereka semua itu menyahut seruan Mu Ya Allah. Berikanlah mereka kesihatan dan permudahkan segala urusan bagi mereka mendapat Haji yang Mabrur. Amin Amin Ya Rabbalalamin.'

Friday, 20 September 2013

Aku, Hubby & Lutfi



Assalamualaikum.....................

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya coretan ku ini ada yang tersilap atau terkasar maafkanlah yer....Aku mula tertarik nak menulis blog aku sendiri bila aku mulakan membuat blog business kecil-kecilan aku dan family, katering. Aku buat business katering ni untuk menyambung legasi keluarga suamiku NORZAHAN BIN MD ISMAIL. Kalau kenal WAK MAIL bawak teksi Pt Mahang, itulah bapak mertua aku yang terkenal dengan baryani gamnya.....di Batu Pahat.

Berbalik pada blog aku ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku bersama keluarga dan juga rakan-rakan pejabat aku dan juga boss boss aku.

Aku harap blog aku ini boleh diterima umum...

Terima kasih.