Hong Kong - 2005

Kali ini Lotez Engineering Sdn. Bhd. membawa pekerja-pekerjanya pergi bercuti buat kali yang kedua. Kali ini destinasi kami ke Hong Kong. Sayang masa tu Disneyland Hong Kong dalam pembinaan. Kami pergi untuk 4D3N.

1ST DAY
Kami menaiki MAS Airlines

Mentang-mentang kerja dengan Roof Structure, siling International Airport Hong Kong pun nak ambil gambar.


Salah satu Jurutera Lotez Eng. Sdn. Bhd., disebelahnya adalah isterinya
 
Kami menaiki bas ke hotel, aku terlupa pulak nama jambatan ni. Takpe bila aku dapat namanya aku bagi tahu. Jambatan ni memang kena lalu untuk ke bandar Hong Kong.

 Ini member ofis aku, namanya Jane. Kami memang sentiasa bersama. penat betul perjalanan, sampaikan Jane punya mata tak larat nak buka...ha ha ha....Masa kami datang hotel, ramai juga tourist dari Malaysia datang. Kami rehat dihotel dan petang kami nak sambung jalan..

Ladies Street

At Jetty, tunggu Cruise Lotus untuk menikmati keindahan malam dan makan malam



Pemandangan Dari Lotus Cruise





2ND DAY
Hari ini, kami teruskan penjelajahan kami. Tapi sebelum tu, bila bangun pagi aku tengok dari tingkap bilik aku, indahnya pemandangan.Yang paling aku kagum adalah bila aku tengok ada tennis court dia atas bumbung di atas bangunan setinggi 5 tingkat.




Pejalanan kami dimulakan dengan satu kawasan di Hong Kong, nama tempat tu Kawloon. Inilah satu-satunya masjid yang aku jumpa kat sana. Sebenarnya kat Hong Kong ramai juga penduduknya beragama islam. So takde masalah nak cari makanan islam di sana.





Ini kami yang tak dapat di pisahkan aku, Fion dan Jane, mula-mula ingatkan nak pergi National Museum, tapi dah tersalah tempat. Kami pergi Culture Museum, sudahnya kami tak masuk pun cuma gambar di ruang legar aje.

Lepas dari Culture Museum, kami teruskan penjelajahan kami. Kami ke Ocean park, alangkah best nya masa ni kalau Disneyland dah siap, dapat gak gi sana. Harga untuk masuk ke Ocean Park agak berpatutan. Tak rugi pun kalau kesana.
















Lepas penat berjalan di Ocean Park, aku Jane berpecah dengan Fion. Aku dan Jane ke LangHam Places. Masa ni shopping complex ni baru buka. Keunikkan bangunan ni memang menterujakan aku memandangnya, bangunan yang tinggi ni tersergam indah dengan dengan deko struktur yang menarik di dalamnya.






3RD DAY
Aku tak berapa ingat hari ketiga kami kemana, tapi pagi tu aku ada ambil sarapan di restoran yang berdekatan di hotel aku tinggal. Kepada pengunjung Restoran Muslim Chinese wajib memakai tudung. Makan disana agak berpatutan harganya. Lepas dari sarapan pagi, aku, Fion dan Jane bersiar-siar dia Arena Of Star. Cuma sekeping aje yang boleh dipaparkan. Kat sini, acaranya lebih kepada santai.



Malamnya kami ke restoran floating untuk menikmati seafood. Masing-masing muka dah letih. Apa-apa pun ianya menyeronokan.








Selepas makan malam, kami berjalan-jalan di Lam Kwai Fung Street. Aku ingin tahu apa sebenarnya ada di sana, rupa-rupanya disepanjang jalan tersebut hanya terdapat bar dan juga club. Ada juga yang buat aksi jalanan yang menghiburkan. Pengalaman ini memang tak bloleh dilupa, setiap tempat ada ceritanya tersendiri.





4TH DAY
Hari terkahir untuk kami berada di Hong Kong sememangnya menyeronokkan. Terima kasih kepada Lotez Engineering Sdn. Bhd. menaja kami pergi kesana. Terima Kasih Bos. Bye Hong Kong.


No comments:

Post a Comment