Kuching, Sarawak - April, 2014

Dah lama rasanya aku dan keluarga tak pergi holiday, tapi rasanya tahun lepas pun ada pergi juga. Ermmmm......takpe kali ni anak aku, Lutfi dah mula tanya bila nak naik kapal terbang. Kali ini percutian aku sampai ke Sarawak dan kebetulan aku dapat jumpa kawan aku yang dah lama tak jumpa. Satu-satu kawan yang aku ada dekat sana.

Jom aku ceritakan satu persatu perjalanan aku dan family aku..

Day 1
Sepatutnya aku gerak dari rumah pukul 6.30 pagi, tapi ada kesilapan teknikal, teksi yang aku book tu tak kunjung tiba. Last-last pukul 7.00 pagi teksi tu sampai. Kami ada 50 minit aje lagi untuk boarding. Sepantas halilintar pakcik teksi tu ke LCCT. Sampai saja kat sana nasib baik gate masih lagi terbuka untuk kami. Bayaran tambang dari rumah kami di Desa Petaling ke LCCT RM70.00.


Tak sabar-sabar nak naik flight

Terlampau seronok sangat


Betul-betul prepare untuk holiday
Sampai aje kami di Airport, kami menaiki teksi ke Hotel &  Apartment Citadines, Jalan Uplands, Simpang Tiga. Pejalanan kami ke hotel tak sampai 30 minit dan tambang teksi RM26.00. Sampai aje kami disana, kami terus check in kebetulan masa tu bilik dah ready. Inilah rekabentuk hotel yang kami tempah. Dan penginanpan untuk 4 hari 3 malam hanya dikenakan bayaran rm417.60 berserta sarapan pagi.






Selepas check in kami menaiki teksi ke bandar kuching yang terletak lebih kurang 3km dari hotel kami. Purata tambang teksi di sana adalah flat rate. Bayaran yang dikenakan RM15.00. Pada hari pertama kami merancang kami ke main bazar yang berdekatan di Waterfront, Kuching.



Setelah penat berjalan sepanjang-panjang di Main Bazar dan dah dapat cari ole-ole yang nak dibawa pulang, kami beristirehat di Waterfront sebelum kami balik ke hotel. Kami menikmati makan tengah hari di salah satu warung yang berhampiran di Main Bazar. Rambang mata dibuatnya bila berada di Main Bazar. Ok balik dulu hotel, sebab malam ni kami nak keluar lagi jumpa kawan dan dia ada ajak kami menikmati seafood di Taman Kereta.

Malam ini kami disaji dengan makanan laut. Teruja bila tgk ikan besar-besar dan fresh di sana. Kami jumpa ini, pergh memang terbaik.






Serasi, gembira kami dapat jumpa

Day 2
Awal pagi kami dah bangun, aku menyewa kereta viva dengan harga RM80.00 untuk 24 jam. Ini no telefon untuk sewaan kereta tersebut (HANA - 012-895 2003). Selepas sarapan pagi, perjalanan kami yang pertama kami menuju ke Semenggoh, melihat orang hutan. Lutfi memang teruja untuk melihatnya, al-maklumlah kami di KL tak duduk rumah bawah. Selepas itu kami nak ke Jong's Crocodile dan perjalanan akhir kami ke Santubong.



  
Nak Selfie jugak, sementara tunggu orang hutan keluar


Keluarga Selina



Lepas dari Semenggoh, kami menuju ke Jong's Crocodile, disitu letaknya rangka kepala Bujang Senang. Gambarnya akan aku upload kemudian. Selepas dari Jong's Crocodile kami balik ke hotel sebab Lutfi dan emak aku kepenatan. Terlampau seronok sangat sampai kepenatan. Setelah penat lelah tu hilang kami bersiap-siap ke Santubong, teringin sangat nak tgk matahari terbenam.






 




Selfie bersama ibu tersayang

Menikmati ciptaan Tuhan


Damai Beach Resort
Day 3
Hari ni hari yang mencabar, kami decide nak naik bas awam untuk ke bandar. Kami menaiki bas K8 CPL untuk ke Bandar. Kami tunggu di depan hotel sahaja, cuma kami tak sempat nak jalan-jalan di tHE Spring Shopping Complex yang berhadapan dengan hotel kami. Tambang minimum RM1.00 seorang. Kos Tambang yang amat murah. Memang kami merancang nak ke Muzium Negeri, Muzium Semulajadi, Muzium Kesenian Sarawak, Muzium Islam dan Muzium Cina. Di KL kami hanya menaiki kereta, di sini tak lepas ka peluang untuk menaiki bas awam.




Muzium Semulajadi Sarawak


Muzium Kesenian Sarawak


Muzium Negeri Sarawak



Batu ni di jumpai di Santubong, Sarawak




Habis saja melawat muzium, kami berempat jalan-jalan ke main bazar yang tak jauh dari muzium tu. Nak beli barang yang tak terbeli, so jalan-jalan lagi. Sambil jalan-jalan, emak dan Lutfi dan mula mengeluh sebab penat. Kami berhenti seketika dan jalan-jalan lagi.


 

Dah dapat barang yang di cari, kami selfie sekejap, nak hilangkan penat. Kami lepas kat Waterfront dan berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN). Tahun ni tahun melawat SARAWAK. Bandarnya sangat bersih.


Sementara menunggu Bot Penambang
Akhirnya, dapat juga naik bot penambang




Kami sudah sampai di seberang. Makan tengah hari kami jam 3.00 petang. Menu yang kami adalah, mee kolok, nasi goreng kerang, cendol, ABC, milo ais dan Ice lemon tea. Lepas makan kami ke Fort Margarita untuk tahan teksi dan balik ke hotel.

Day 4
Awal-awal pagi kami dah bangun dan siapkan semua barang agar takde yang tertinggal. Sendat beg-beg kami untuk penuh dengan barang cenderahati. Pagi ini kawan kami Gil dan Rof jemput kami ke hotel untuk bawak kami ke sarapan pagi di Restoran Haji Was, laksa sarawak yang kami makan memang terbaik. Mee kolok yang hubby makan pun terbaik...memang tak boleh lupa keenakkan nya. Setelah habis sarapan kami terus ke tempat Kuih Lapis Dayang Salhah, memang ramai pelancong yang datang kemari. Keenakkan kek lapisnya memang digemari ramai.

Selesai membeli belah kek lapis Dayang Salhah, kami terus ke Pasar Satok. Kami dapat pergi ke pasar minggu nya, memang borong habis terubok masin dan juga kegemaran aku ikan masin talang. Kalau dimasak lemak cili api bercampur nenas memang terbaeklah.

Rasanya semua barang dah ada, kami singgah di rumah Gil dan Rof. Dapat berehat sekejap dan flight kami pukul 5.10 petang. Pukul 2.00 petang kami pergi makan tengah hari, Gill dan Ruf bawa kami makan di Rumah Hijau. Rumah Hijau ini terkenal dengan pisang keju dan juga Nasi Ayam Penyet. Memang sedap, Terima Kasih kami tak terhingga kepada Gil dan Rof yang banyak bawa kami makan tempat tempat yang sedap. Harap Gil dan Rof dapat datang ke Kl pula.




Bye-bye Kuching.......



No comments:

Post a Comment