Bali, Indonesia - 2003

Ini percutian pertama ku bersama Lotez Engineering Sdn. Bhd. pada tahun 2003. Masa ni masih lagi bujang trang tang tang.....Almaklumlah..... Disini aku nak share photo-photo aku dan group company aku bercuti. Nasib aku dan kengkawan baik, masa ni kejadian bom meletup di Sari club baru reda, aku sempat ke tempat kejadian. Tak banyak gambar yang aku upload, tapi boleh lah untuk di kongsi....


1ST DAY




Kami menginap di Risata Hotel di Bandar Kuta, layanan yang diberikan agak memuaskan. Sampainya kami disana, kami diberi welcome drink. Memang masa tu kami dah kehausan. Lepas kami dapat kunci masing masing, kami terus masuk bilik dan rehat sebab petang kami nak makan malam di Jimbaran untuk menikmati Seafood yang menjadi bualan hangat di Bali.



Inilah suasana di Jimbaran.....kami menikmati seafood dengan pemandangan laut. Kami sampai diwaktu senja melabuhkan tirainya. Tak rugi kalau kesana.


2ND DAY
Pada hari ini, kami mempunyai beberapa tempat untuk dijelajah, diantaranya beberapa temple yang kami lawati tapi terlupa nak ambil gambar signboard temple tersebut. Takpe...layanz ajelah gambar mana yang ada.



Lepas penat menyusuri temple-temple yang ada, kami terus ketempat pertunjukkan Barongan. Aku orang Jawa, bangsa kami pun ada Barongan nya tersendiri, barongan yang disembahkan disini adalah cerita epik Ramayana...Jom layanz....







Berlatar belakang Gunung Berapi Kintamani, dan nak tunjuk rambut Arista yang aku buat, cuma RM10.00
Perjalanan kami diteruskan ke istana Presiden bung Soekarno. Tapi malangnya kami tak dibenarkan ambil gambar disana. Untuk ambil gambar kena pakai kamera diaorang, biasalah business......Dekat dengan istana presiden ada satu temple yang terkenal dengan Holy Waternya. Ada sedikit gambar yang aku ambil. Bolehlah untuk di lihat...






3RD DAY
Hari Last untuk kami berjalan-jalan. Seharian di Ayur untuk melakukan aktiviti sukan lasak. Tapi gambarnya takde, kalau ada nanti, aku uploadkan. Malamnya kami pergi ke Memorial Taman Sari, dimana kelab malam di bom. Hanya simpati saja yang dapat aku katakan...





4TH DAY
Hari untuk kami semua balik ke KL. Sememangnya Bali adalah tempat yang menarik dikunjungi dan untuk beristirehat. Apa pun see you in next journey...Bye 


No comments:

Post a Comment