Dah lama tak update bolg ni, kesian sibuk dengan rutin harian. Kali ini aku membuat tinjauan mana ada lubang bisnes yang boleh di terokai. Benar orang berkata, GuangZhou gedung syurga perniagaan. Rancangannya aku bertiga, malang sekali aku pergi berdua kerana sepupu tak dapat nak join. Aku pergi dengan seorang kakak yang best untuk dijadikan teman melancong. Cita rasa kami sama. Jom, aku sajikan gambar-gambar semasa aku berada di sana
Day 1 - 16 Dec 2014
Flight AK 116 pukul 4.15 Petang
Aku dan Kak Ida |
Day 2 - 17 Dec 2014
Hotel Clivia, Jei Fang Road
GuangZhou, China
(RM80.00 per night)
Sebelum memulakan perjalanan kami, siap posing dan ambil gambar semasa dalam perjalanan. Kak Ida memang pandai ambil gambar
Bergambar di hadapan hotel |
Tempat pertama yang kami kunjungi, Zhonda Plaza, pusat membeli fabric, textile, aksesori jahitan dan semua yang berkaitan dengan jahitan, manik, reben dan fabric.
Rambang mata Kak Ida bila nampak kain-kain ni |
Dah dapat apa yang dicari, aku dan Kak Ida pun balik ke hotel dan untuk makan tengah hari, tapi malangnya makan tengah hari kami jadi makan malam di restoran yang bersebelahan dengan hotel kami. Perjalanan kami dari Zhongda Plaza ke hotel kami pergi dan balik lebih kurang dalam RM60.00.
Hidangan makan malam kami pada pukul 5.30 petang, RM100.00 untuk 2 pax.
Selepas sembahyang Maghrib kami keluar jalan-jalan. Kami ke Beijing Lu, di sinilah gerbang perniagaan bemula semenjak Dinasti Ming dan Qing pada tahun 837 A.D.
Day 3 - 18 Dec 2014
Suhu - 5 deg.
Clivia Hotel - Pasar Pagi hadapan Digital Plaza - One Link Plaza - Kids World
Hidangan Makan Malam Kami RM100.00 |
Day 4 - 19 Dec 2014
Fligh AK 119 - 1.15 pagi
Muka dah mengatuk |
Perjalan kami agak singkat disebab oleh masa cuti kami tak panjang. Mungkin ada second trip untuk kami datang kesini lagi. Sesungguhnya Guangzhou ada tempat yang terbaik untuk para peniaga.
Bye Bye GuangZhou. See you in the next visit.
Welcome back to Malaysia, ha ha ha
Posing dulu sebelum balik dijemput oleh suami Kak Ida
Inilah pengalaman kami berdua pada trip yang sangat pendek, tapi menyeronokkan. Buat Kak Ida, thanks a lot sebab tahan kerenah saya, he he he.